1. Pengumuman DS Najib melegakan. Mereka nampaknya bukan sekadar mendengar pandangan kita, tetapi mereka telah beri apa yang kita mahu.
2. Kita mahukan calon dari Bukit Gantang sendiri dan mereka beri. Setelah berpuluh-puluh tahun kita menunggunya, mereka mengembalikan apa yang sepatutnya menjadi milik kita.
3. Ini bukanlah satu keputusan yang tiada asasnya dan boleh dianggap mudah oleh rakyat Bukit Gantang.
4. Ujian pertama telah selesai. Kini masuk kepada tahap kedua yang ujiannya jauh lebih besar daripada yang pertama.
5. Persoalan tentang calon tempatan telah selesai. Sekarang di kalangan kita sudah mula berkira-kira agar individu kegemaran kita yang dinamakan sebagai calon mewakili BN. Masing-masing berharap calon mereka naik.
6. Jadi untuk mencapai situasi win win atau menang-menang antara pemimpin tertinggi parti dengan pemimpin di peringkat bahagian/cawangan maka jalan pertengahan mesti diambil demi kepentingan pengundi dan rakyat Bukit Gantang.
7. Pemimpin tertinggi telah beri apa yang kita mahu. Maka tiba pula giliran kita untuk menerima apa sahaja yang diberi kepada kita.
8. Berikan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin tertinggi parti untuk menentukan calon terbaik untuk kita dan apabila diumumkan itulah calon kita.
9. Terimalah calon itu sepenuhnya dan seadanya sebab itulah calon terbaik. Calon itu nanti bukanlah calon saya atau calon kami atau calon kamu, tetapi itulah calon Bukit Gantang yang mewakili BN.
10. Kalah atau menang itu apa yang akan berlaku. Tuhan tahu tetapi kita belum. Tetapi apa yang boleh kita lakukan di Bukit Gantang ialah balas pemberian berharga ini dengan sebuah kemenangan. Dan sebelum kemenangan dicapai kita mesti berfikir, bercakap dan bekerja sebagai pemenang. Ingat itu.
Terima kasih DS Najib daripada rakyat Bukit Gantang
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Pemimpin Telah Beri Apa Yang Kita Mahu, Akan Tiba Giliran Kita Pula Terima Apa Yang Mereka Beri "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply