Surat 1
Date:Friday, November 21, 2008 6:55 PM
From:NURUL NURLIYANA NASIR
To: “Panduan Guru-Guru Malaysia”
Assalamu’alaikum cikgu,
Semangat membaca artikel ini…”Yang Penting Bukan Individu,Tetapi Organisasi”
mmm bukan senang nak ye nak type blog yang sempurna, penuh idea, sarat ngan emosi, menyentuh perasaan pembaca..
keep on writing.satu perkataan jek SYABAS!
Jawapan saya:
Date: November 21, 2008 10:51 PM
From: Abd Bashid Hj Harun
To: hadfina79@yahoo.com.my
Terima kasih,
Ini salah satu yang saya mampu berikan untuk negara ini. Saya cuma memanfaatkan bakat yang diberi sebagai tanda syukur kepada Tuhan. Sulit di peringkat permulaan, tetapi mudah di kesudahan, itulah yang diharapkan.Sokongan hadfina dan rakan-rakan pembaca dan blogger yang lain, insya-Allah akan menyemarakkan lagi semangat ini untuk terus melontar pandangan. Meyakinkan pembaca kepada sesuatu yang digarap memang berat, tetapi usaha murni seperti ini perlu diambil oleh seseorang. Masyarakat yang jatuh dalam kekeliruan mesti diberi sebanyak mungkin dorongan dan bimbingan kerana bukan semua mereka memahami yang tersirat dengan sendirinya. Namun visi dan misi suci ini tak mampu dipikul oleh seorang dua, jika tidak dipikul bersama oleh majoriti di kalangan kita. Tidak terkecuali hadfina selaku pembaca. Terima kasih.
Surat 2
From: Abd Bashid Hj Harun
To: panglimaperangcyber@yahoo.com
Sent: Friday, November 21, 2008 3:57:31 PM
Subject: Saya menyokong usaha murni tuan
Assalamu’alaikum Tuan Panglima, Saya menyokong sebarang usaha murni ke arah memperkukuhkan semula UMNO dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan BN. Terlalu banyak fitnah, kepalsuan dan pembohongan tersebar dalam media alternatif sekarang ini. Semua ini perlu dibendung segera oleh blogger yang punya kesedaran tinggi yang meletakkan kepentingan parti, agama, bangsa dan negara di tempat yang tertinggi.
2) Beritahu saya apakah bentuk pertolongan yang boleh dihulurkan, insya-Allah saya akan cuba membantu dalam kadar yang saya mampu.
3) Tahniah dan syabas atas usaha terpuji tuan. Wassalam
Abd Bashid Harun
63 Blok C Perumahan Awam
Bt 2 1/2 Jalan Simpang
34000 TaipingPerak
Tel: 05-8471144h/p: 013-5964217
email: gurubashid@yahoo.com
YM: gurubashid
Jawapan Panglima:
Re: Saya menyokong usaha murni tuan
Date: Friday, November 21, 2008 9:22 AM
From: “Panglima Perang Cyber”
TERIMA KASIH….PERMULAANNYA MINTA BANTUAN PROMOSI DAN JUGA IDEA KETIKA SIDANG BAGI MEMANTAPKAN LAGI TEAM BLOGGER PEMBELA NEGARA KITA…











No user commented in " Email Rakan-Rakan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply