1. Tentang Anwar Yang Dikatakan cuba memerangkap di blog Rakyat Malaysia
” Saya tidak fikir Anwar memasang apa-apa perangkap sebab diri Anwar itu sendiri adalah perangkap. Di belakang Anwar ialah minoriti di balik tabir yang lebih bijak daripadanya yang sentiasa memandu dan membantu Anwar menjalankan kegiatan subersifnya. Bagi mereka Anwar itu penting hanya apabila Anwar dapat digunakan untuk kepentingan mereka. Selama mana Anwar mampu berfungsi mengikut kehendak-kehendak mereka Anwar tetap akan penting dan diperlukan oleh mereka. Dalam keadaan beginilah Anwar tidak dapat mengelakkan diri dengan keluar daripada team permainan musuh Malaysia ini. Dia sudah pergi terlalu jauh dan Malaysia sudah menjadi musuhnya sekarang. Sudah terang lagi bersuluh yang Anwar memang tidak akan berpatah balik lagi daripada perjuangan gelapnya. Dia akan terus menggunakan cara-cara kotornya sebab dia sudah terbiasa dengan kekotoran itu ” GuruBashid
2. Tentang MB Terengganu di Blog Gerbang Ilmu
” Saya tidak mahu campur tangan dalam hal-ehwal dalaman Terengganu, jauh sekali untuk mengkritik MBnya. Sebagai orang luar bukan bererti saya tidak boleh bercakap jika itu tidak begitu baik kepada UMNO dan BN. Saya bukan sahaja tidak suka dengan sikap yang ditunjukkan oleh 10 orang ADUN itu, tetapi saya juga tidak gemar cara-cara MB Terengganu menjawab. Setiap kali saya mendengar MB itu menjawab soalan wartawan khususnya yang berkaitan keadaan di Terengganu dan politik dalaman negeri itu saya fikir bukan itu jawapan yang sepatutnya keluar daripada mulut seorang MB. Saya kira itu bukan jawapan tetapi cara untuk menyakitkan hati. Tidak nampak dalam jawapan itu yang beliau mahu menyelesaikan kekusutan, mencari titik pertemuan dan mencari puncanya. Dari dahulu lagi saya melihat MB Terengganu menggunakan cara yang begitu yang saya kira kurang tepat untuk menyerlahkan stail kepemimpinan masa kini. Beliau seolah-olah sedang melayan seorang pembangkang, bukan ahli UMNO yang mendokong parti dan negeri.Beliau tidak menjawab solan wartawan tetapi seolah-olah melepaskan perasaan sebenar dirinya.Saya melihat ada dua orang pemimpin kerajaan negeri yang bersikap seperti ini. MB yang bersikap seperti ini. Pertama bekas MB Perak,Ir Nizar, dan kedua Ahmad Said sendiri ” GuruBashid











No user commented in " Komen-Komen GuruBashid Tentang Anwar dan MB Terengganu "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply