1.Tentang Masalah Dalam BN(Blog Dr Novandri)
” Inilah masalah kita. Kita gagal melihat susunan keutamaan. Kita lebih terpesona kepada isu popular daripada isu utama. Kita berharap kita dapat memenangi hati rakan-rakan kita dalam BN, tetapi kita terlupa banyak hati orang Melayu yang terluka. Apa pun yang kita buat tidak akan mempunyai apa-apa makna sekiranya masalah dalaman kita sendiri masih belum selesai.Kita harus kembali berpaut kepada batang sekarang bukannya sekadar bergantung pada cabang-cabangnya. Kita mesti bersedia untuk kembali kepada akar umbi masalah kita, bukan menutup masalah sedia ada dengan membangunkan masalah-masalah baru.” GuruBashid
October 26, 2008 10:06 AM
2. Tentang Zulkifli Nordin (Blog Nobisha)
“Setelah lidah PAS kelu terpenjara dalam aspirasi PR, individu seperti Zulkifli memang diperlukan.Dia nampaknya bersedia untuk menjadi tidak popular baik di kalangan pemimpin PAS mahupun Keadilan, asalkan dia dapat menyuarakan apa yang sepatutnya disuarakan. Dia benar-benar ingin memimpin dan membimbing. UMNO harus membuka pintu kepadanya dan memberi peluang kepada beliau untuk berperanan setelah PAS dan Keadilan lebih banyak mencurigainya.”GuruBashid
October 26, 2008 9:06 AM











2 users commented in " Komen-Komen Saya Dalam Blog Rakan "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacklawati blog saya.Macam-macam ada disana
http://mypaperheart2.blogspot.com/
Leave A Reply