From: “Abd Bashid Hj Harun”
To: ketam761@yahoo.com
Date: Friday, December 20, 2008 4:00 PM

Terima kasih sdr ketam yang sudi melawat blog saya. Tentang isu IJN itu saya telah tuliskan dalam posting terbaru saya. Itu sekadar pendapat saya. Saya sedia mendengar pandangan yang lebih baik jika ada. Jika sdr ketam berkesempatan membaca tulisan-tulisan saya dalam blog ini, saya tidak mempunyai kebiasaan mengikut rentak orang lain tanpa melihat kepada realiti dan punca sebenar masalah.

Saya bukan orangnya yang akan berkata ya hanya kerana ramai yang mengatakan ya. Begitu juga saya tidak akan berkata tidak jika majoriti berkata tidak. Bukan itu sebabnya saya menulis.

Sokongan saya kepada kerajaan semasa tidak berbelah bahagi, sebab kerajaan semasa dipilih oleh rakyat dan demokrasi memperaku akan hal ini. Saya juga boleh menyokong pandangan seseorang, tetapi pada ketika yang yang lain atas isu yang lain saya boleh menolaknya.

Saya menerima pandangan seseorang bukan kerana saya ingin menjadi seperti orang itu, begitu juga apabila saya menolak pandangan seseorang bukan kerana saya membenci orang itu. Tidak. Saya menerima atau menolak sesuatu pandangan atas isu, punca sebenar masalah dan realiti semasa. Sebenarnya saya bukan menerima atau menolak pun pandangan seseorang, cuma saya memberikan pandangan saya kepada kedua-dua pandangan itu.

Saya tidak memaksa sesiapa menerima pandangan saya. Pandangan atau pendapat adalah sesuatu yang subjektif. Pandangan saya mungkin baik pada penilaian A, tetapi mungkin tidak begitu baik pada pandangan B. Tetapi syor saya, semua pandangan harus diraikan dengan membaca dan menelitinya. Mungkin terselit kebaikan di tengah atau di hujung pandangan itu.

Akhir kata, sambutlah salam persaudaraan daripada saya untuk ketam.

Komen Saya Dalam Blog Nobisha

Negara dilihat sedang meningkatkan tahap kesihatan jantungnya sendiri. Ini jantung negara, bukan jantung rakyat per se. Bagaimana rakyat dapat menyandarkan nasib dan masa depan jantung mereka kepada negara yang jantungnya sendiri ada masalah? Jika tidak menggunakan kepakaran Dr Sime Darby, apakah formula lain yang dilihat sama atau lebih kuat yang mampu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung negara itu? Barangkali Nobisha ada cadangan yang lebih baik.

December 20, 2008 7:30 AM

Komen Saya Dalam Blog Dr Novandri

“Saya tidak akan menyerahkan jantung saya kepada ‘jantung’ negara yang sedang sakit,”GuruBashid

December 20, 2008 7:15 AM