1 Saya tidak begitu pasti sama ada Google telah menyingkirkan laman Panduan Guru-Guru Malaysia yang boleh diakses di http://gurubashid.com/blog daripada senarai mereka.
2 Setelah laman ini pernah mencapai kedudukan ke-7 daripada 70 juta laman yang lain hanya dengan menulis kata Guru dalam enjin carian Google, kini tiba-tiba sahaja laman ini tidak ada kedudukan sama sekali.
3 Malahan dengan menaip tajuk penuh laman ini pun iaitu Panduan Guru-Guru Malaysia dalam search enjin Google laman ini masih tidak bisa dikesan. Yang muncul ialah tulisan-tulisan GuruBashid dalam laman-laman yang tidak diketahui jenisnya.
4 Bagi laman-laman lain yang membuat link dengan laman ini pun sudah tidak dapat mengesan artikel atau posting saya yang terkini. Apabila saya membuka laman-laman tersebut ternyata artikel terakhir yang disiar dalam laman mereka ialah artikel yang ditulis 3 bulan yang lalu. Sedangkan selepas itu saya sudah melakukan berpuluh-puluh posting terbaru.
5 Sehingga sekarang saya masih belum pasti apakah puncanya sehingga jadi begini. Ada yang berkata Google telah menghalang laman ini. Tetapi apakah puncanya?
6 Walau apa pun inilah cabaran buat saya. Apa yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus melontarkan idea bitara dalam pelbagai isu sebagaimana janji saya.
7 Saya pernah ingin menjual laman ini suatu ketika dahulu. Tetapi minat untuk terus berkarya dan setelah melihat GuruBashid sebagai jenama yang sudah mendapat tempat, saya memadamkan niat saya itu.
8 Saya akan terus berkarya selagi saya diberi upaya berbuat demikian. Bagi pembaca-pembaca laman ini anda masih boleh membuka laman ini melalui url iaitu di http://gurubashid.com/blog.
9 Saya percaya dengan sokongan padu tuan/puan selama ini terhadap laman Panduan Guru-Guru Malaysia, saya akan membayarnya dengan terus mengekalkan laman ini di samping tekal dengan gaya penulisan saya sebagai GuruBashid.
Abd Bashid Harun











No user commented in " Ujian Buat GuruBashid "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply