Kes Government of Malaysia & Org lwn. Jumat b.Mahmud & Anor

DALAM kes ini seorang pelajar berumur 11 tahun tercedera kerana tercucuk pensil yang tajam yang dipegang oleh kawannya. Seorang pelajar telah menggunakan pin yang tajam mencucuk paha plaintif dan kesan cucukan menyebabkan plaintif bertindak balas dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Dalam keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Hakim menyebelahi plaintif, tetapi setelah rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan, Hakim (Raja Azlan) memihak kepada perayu dengan alasan 1) Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Sebatang pensil bukanlah benda yang berbahaya dan semua murid menggunakan pensil di dalam kelas. 2) Andaian yang mengatakan kecuaian guru mengawasi kelas telah menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana a) pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan b) apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan pada pihak guru tidak wujud sama sekali c) hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas murid bukanlah bererti kemungkinan, tetapi perkara itu adalah andaian semata-mata