GANGGUAN seksual merupakan satu fenomena yang hangat diperbincangkan sekarang. Ia mula merebak dari tepi-tepi jalan, hinggalah ke dalam ruang pejabat. Gejala ini meluas dari kilang-kilang swasta, hinggalah ke dalam pagar sekolah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika, lebih daripada separuh pelajar telah diganggu, di mana kumpulan yang paling kerap menjadi mangsa adalah perempuan, remaja kulit berwarna dan kumpulan gay (American Association of University Women, AAUW, Gustavsson & MacEachron, 1998; Shoop & Hayhow, 1994, dalam Schwarz, 2000). Nanette Asimov dalam artikelnya yang bertajuk “Sexual Harassment at High School” terbitan San Francisco Chronicle (6/2/1993) melaporkan 85% pelajar perempuan dan 76% pelajar lelaki mempunyai pengalaman dalam gangguan seksual di sekolah. Dalam kontek Malaysia, gejala ini tidak terkecuali. Oleh yang demikian, persoalan ini harus dipandang serius oleh semua pihak. Gangguan seksual dapat didefinisikan sebgaia “unwelcome behavior of sexual nature that interferes with” the life of target(s). It is “unsolicited and nonreciprocal” (Shoop & Edwars, 1994,p.17). The Equal Employment Opportunity Commision pula mendefiniskan gangguan/diskriminasi seksual sebagai “Unwelcome sexual advances, requests for sexual favors, and other verbal or physical conduct of sexual nature constitues sexual harassment”. Secara umumnya segala tingkah laku semulajadi yang tidak direstui, dilakukan dengan membawa kepada perasaan tidak selesa dapatdianggap sebagai gangguan seksual (Schwarz, W.,2000). Gangguan seksual merupakan satu perlakuan buli(Sexual Harassment Guidance, 1997; Stein & Sjostrom, 1994). Menurut Schwarz, W.(2000) dan Strauss,S.(1993), gangguan seksual meliputi penggunaan ungkapan atau istilah lucah dan mengghairahkan; teguran tentang bahagian-bahagian anggota badan seseorang serta membandingkan dengan orang yang sesuai berkelakuan seks dengan peribadi tersebut; sentuhan-sentuhan yang tidak diundang di bahagian tangan, punggung, leher dan bahu. Strauss,S.(1993) mengatakan remaja yang menghadapi gangguan seksual di sekolah akan mengalami kesan yang sama seperti yang dialami oleh mangsa rogol iaitu marah, takut, tidak bertenaga, malu dan menyalahkan diri, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, keliru, tertakan dan aib. Mangsa akan menghadapi simptom fizikal seperti pening kepala, sakit perut, nausea, bertukar tabiat makan dan sakit perut (acne). gangguan seksual bertentangan dengan undang-undang Federal Civil Right Act, Title VII (di tempat kerja) dan Civil Right Act, Title IX( di sekolah) di Amerika. Ia juga bercanggah dengan peraturan bertulis hak asasi negeri (state human rights statutes) dan juga peraturan serangan dan penganiyaan kanak-kanak negeri dan tempatan (state and local assault and child abuse laws). Title VII federal civil Right Act 1964 telah diperluaskan oleh sebahagian mahkamah untuk dimasukkan ke dalam peraturan salahlaku (gangguan) seksual oleh rakan sebaya di sekolah. title IX dalam pindaan pendidikan (Education Amendments) 1972 akan digunakan untuk membayar ganti rugi kewangan kepada mangsa gangguan seksual di sekolah. manakala Undang-Undang federal civil Right Law, 42 U.s.C. 1983 digunakan untuk mendakwa sekolah sekiranya gagal melindungi pelajar mereka daripada gangguan rakan sebaya (Schwarz, sekiranya gagal melindungi pelajar mereka daripada gangguan seksual rakan sebaya (Schwarz, W., 2000).